Jumaat, 30 November 2012

HILANGNYA ORANG YANG DISAYANGI

MENGAPA  KAU  PERGI  DULU .......


“Woi, tepilah sikit, sibuk jelah kat tengah jalan, aku nak lalu ni”, Rita geram. Sebenarnya Rita adalah seorang gadis yang bersikap seperti lelaki dan kasar. Dia bukanlah seperti gadis lain yang bersikap lemah lembut dan sopan, Rita bersikap agak ganas dan brutal. Namun begitu dia merupakan seorang gadis yang periang, baik hati dan suka membantu kawan- kawan dikala susah. Rita juga tidak suka jika ada budak lelaki mengusiknya. Rita memang kurang senang dengan lelaki yang bersikap begitu, pasti akan “dibasuhnya” cukup- cukup. “Cuba kau cakap baik- baik sikit dengan budak lelaki tu, dia cuma tanya je, bukannya buat apapun, yang kau tengking dia sampai macam tu kenapa, kesian dia” Dayah, kawan Rita menegur. “Biar dia takut sikit, kalau tak nanti dia mengada-ngada, jangan percaya sangat kat budak lelaki ni, tak boleh bagi muka”, Rita bersuara tegas.

Sebenarnya Rita bukan tidak suka berkawan dengan lelaki, tetapi kerana peristiwa lampaunya membuatkan dia lebih berhati- hati jika ingin berkawan dengan lelaki. Ketika Rita disekolah menengah dulu, Rita pernah bercinta, tetapi lelaki tersebut telah mempermainkannya. Oleh kerana itulah Rita tidak mempercayai lelaki. Dia sering menasihati kawan-kawannya agar jangan terlalu mempercayai lelaki kerana menurutnya, lelaki suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kelembutan perempuan. Namun begitu, masih ada juga lelaki yang meminati Rita kerana perwatakannya yang bersahaja itu. Rita sering mendapat surat layang daripada lelaki di tempat kerjannya. Ada yang memang meminatinya dan ada juga yang mahu mempermainkannya. Tidak kurang juga lelaki yang bertaruh untuk medapatkannya. Tetapi Rita langsung tidak mengendahkan semua itu kerana dia memang tidak berminat langsung untuk megambil tahu perkara-perkara sebegitu.



“Eh, ada budak baru masuk department kitalah”, “Yelah, hensem pula tu, untunglah aku kalau dapat dia kan”, kedengaran keriuhan semua pekerja di SURIA HOLDING. “ Kau ni Rita, takde reaksi langsung, cubalah tengok, ‘jambu’ tu”, Dayah mengusik Rita. “Biarlah dia, yang korang sibuk- sibuk dengan budak baru tu kenapa, bukan dapat apa pun”, Rita tidak mengendahkan rakan sekerjanya itu. “OK, staff SURIA HOLDING, saya perkenalkan pekerja baru kita En. Shahrin, dia akan bekerja di department ini”.Pada hari tersebut adalah hari pertama bagi Shahrin bekerja di syarikat itu. Shahrin telah di tempatkan bersebelahan dengan meja Rita. Semasa Shahrin mengenalkan diri kepada pekerja-pekerja lain, Rita tidak memberikan sebarang reaksi pun. Dia sibuk menyiapkan kerjanya yang tergendala beberapa hari lepas. “ Hai, saya Shahrin, saya harap awak dapat memberi tunjuk ajar kepada saya”, Shahrin menghulurkan tangan tanda perkenalan. Rita hanya memandang Shahrin sambil tersenyum. Huluran tangan Shahrin tidak disambutnya. Shahrin dengan rasa agak malu menarik kembali tangannya. Shahrin segera menuju ke meja yang telah ditetapkan untuknya.

Memang diakui Shahrin merupakan seorang yang tampan dan kacak, lagipun perwatakannya yang baik itu telah menyebabkan ramai gadis di SURIA HOLDING meminatinya. Ramai yang suka merenungnya dari jauh. Walaupun Shahrin sedar semua itu, dia malas ingin mengambil tahu. Dia bukanlah seorang lelaki yang suka berfoya- foya. Setelah beberapa minggu bekerja di SURIA HOLDING, Shahrin berasa pelik kenapa Rita tidak mengendahkannya berbanding gadis lain yang suka mengejar dan ingin berkenalan lebih rapat dengannya. Shahrin merasakan yang dirinya tiada disitu bagi Rita. Mereka jarang bertegur sapa kecuali Shahrin memerlukan pertolongan daripada Rita, apatah lagi ingin berbual- bual. Rita lebih senang melakukan kerjanya daripada berbual kosong. Lagipun Rita jarang bercakap dengan staff lelaki di syarikatnya. Tanpa disangka, dalam diam Shahrin sering memerhatikan Rita. Shahrin suka melihat perwatakan Rita yang agak ganas dan brutal itu. Rita bukanlah seorang gadis yang suka bergaya. Dia lebih suka memakai jeans dan T-shirt sahaja sehinggakan kadang kala bosnya telah menegur cara pemakaian Rita yang kurang sesuai ketika di pejabat. Namun dia lebih selesa begitu. Rita lebih suka memakai ala kadar sahaja asalkan selesa baginya. Walaupun begitu, itulah yang telah membuatkan Shahrin tertarik dengannya. Ditambah pula dengan perwatakan Rita yang periang dan bersahaja sudah membuatkan Shahrin mula jatuh hati. Pada mulanya Rita tidak perasan yang Shahrin sering memerhatikannya, tetapi lama- kelamaan Rita dapat menghidu perbuatan Shahrin yang sering memerhatikan kelakuannya. Rita mula rimas dengan keadaan itu.

Sebenarnya sejak hari pertama bekerja di situ Shahrin telah mula tertarik dengan Rita. Dia mula menyedari ada sesuatu perasaan yang tidak dapat ditafsirkan terhadap Rita. Di sebabkan oleh itu, Shahrin mula cuba untuk memikat Rita. Setiap hari Shahrin cuba menegur Rita. Adakalanya Shahrin telah menghantar bunga ataupun coklat di atas meja Rita, tetapi Rita tidak menunjukkan sebarang reaksi. Jika ingin di bandingkan dengan gadis lain yang satu pejabat dengan mereka, jika mereka mendapat bunga atau coklat di atas meja pasti kecoh dan riuh rendah jadinya. Ada “secret admire” yang bagi katanya. Beberapa kali juga Shahrin cuba menghantar bunga dan coklat kepada Rita, namun tiada reaksi. Shahrin beralih pula cuba memberikan kad kepada Rita. Rita yang sememangnya tidak suka dengan keadaan itu, terus sahaja membuang kad itu ke dalam tong sampah. Rita tahu yang pengirim kad itu adalah Shahrin. Di sebabkan itu, Rita semakin rimas dan mula bersikap kasar terhadap Shahrin. Namun Shahrin tetap tidak berputus asa. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memikat hati Rita yang memang keras dan ego itu. Shahrin tahu, seego-egonya hati perempuan pasti akan lembut. “Shahrin, aku tahu kau cuma nak main-mainkan aku, kau jangan ingat aku macam perempuan lain yang kau boleh main-mainkan, tak payah buang masa kau lah, carilah perempuan lain, malas aku nak layan kau”, Rita rimas. “Aku memang ikhlas nak kawan dengan kau Rita, aku bukan nak main-mainkan kau”, Shahrin bersuara. “Aku tak sukakan kau, lelaki semuanya sama saja, suka mainkan perasaan perempuan, termasuk kau juga, lagipun aku bukan ‘minah bunga’ atau ‘minah jiwang’ lah, jangan ganggu akulah, get lost”, Rita tegas dengan pendiriannya. “Anggapan kau silap Rita, silap, aku akan buktikan yang aku memang ikhlas ”, Shahrin berkata.

Pada suatu hari, syarikat Rita telah mengadakan percutian bagi meyambut ulang tahun syarikat. Percutian itu telah di buat di Pulau Tioman. Semua staff telah menyertai percutian tersebut termasuk Rita dan Shahrin. Pelbagai aktiviti telah di atur dan semua pekerja SURIA HOLDING sangat gembira dengan aktiviti yang diatur. Pada petang itu, mereka semua melakukan aktiviti pantai. Rita juga tidak ketinggalan untuk bermain dan mandi manda di pantai. Begitu juga Shahrin. Sedang mereka asyik bermain air, tiba-tiba kedengaran suara orang meminta tolong. “Tolong, tolong, Rita lemas, cepat selamatkan dia, tolong”, Dayah menjerit kecemasan. Tanpa membuang masa Shahrin yang sedang seronok bermain di gigi air terus berenang menuju kearah Rita yang kelemasan. Semua orang yang berada di situ kelihatan agak cemas dengan keadaan yang berlaku. Shahrin terus membawa Rita ke tepi pantai. Rita yang tidak sedarkan diri terus di hantar ke klinik berdekatan. Setelah sedar, Rita mendapati Shahrin ada disisinya. Rita tahu Shahrin yang telah menyelamatkan nyawanya. Rita sangat berterima kasih kepada Shahrin.

Sejak kejadian tersebut, bermulalah bibit- bibit cinta diantara Shahrin dan Rita. Shahrin dan Rita sering kelihatan bersama. “Rita, Shah nak Rita tahu yang Shah memang ikhlas terhadap Rita, Shah memang sayangkan Rita”, Shahrin bersuara lembut. “Maafkan Rita, selama ni Rita dah salah anggap terhadap Shah, ternyata anggapan Rita terhadap Shah meleset. I’m sorry”, Rita sayu memandang Shah. Sejak itu, perwatakan Rita telah berubah. Rita telah menjadi seorang gadis yang lebih lemah lembut dan mula bersikap sopan. Dia bukanlah lagi Rita yang di kenali sebagai seorang yang bersikap kasar dan ganas. Dia juga bukanlah lagi Rita yang dikenali lelaki sebagai gadis yang brutal. Dia kini sudah pandai memakai blaus dan baju kurung kepejabat. Dia juga sudah mula pandai mengenakan alat solek di mukanya. Ini semua kerana Shahrin. Shahrin telah membimbingnya supaya menjadi wanita yang sejati. Shahrin jugalah yang mendorongnya agar bersikap lemah lembut. Semua pekerja di SURIA HOLDING perasan dengan perubahan Rita. Rita kelihatan lebih gembira dan ceria.

Kemesraan yang terjalin diantara Shahrin dan Rita memang tidak dapat dinafikan. Walaupun mereka berada di pejabat yang sama dan duduk bersebelahan, mereka pasti akan keluar bersama setiap minggu. Semua pekerja di SURIA HOLDING telah menggelarkan mereka sebagai “belangkas” kerana sering bersama kemana sahaja. Mereka juga menjadi semakin cekap dan tangkas melakukan urusan syarikat sehinggakan bos telah memberi kepercayan kepada mereka untuk bekerjasama menguruskan urusan syarikat. Lagipun gandingan mereka di dalam menguruskan urusan pejabat memang berjaya dan telah menaikkan nama SURIA HOLDING. Segala projek yang di uruskan oleh mereka pasti akan menjulang dan tidak akan menghadapi sebarang masalah. Semua staff di SURIA HOLDING sangat mempercayai mereka. Semua pekerja sangat mencemburui kejayaan dan kemesraan mereka. Shahrin dan Rita boleh dikatakan sebagai pasangan yang sangat bahagia dan romantik dan juga pasangan yang sangat berdedikasi apabila melakukan kerja.

“Rita, minggu depan Shah nak bawa Rita jumpa parent Shah, Rita prepare apa yang patut OK”, Shahrin senyum memandang Rita. Rita hanya mengangguk tanpa berkata apa- apa. Pada hari yang ditetapkan, Shahrin telah membawa Rita berjumpa kedua orang tuanya. Nampaknya kedua orang tua Shahrin merestui perhubungan mereka. Rita dan Shahrin sangat gembira dengan keadaan tersebut. Keluarga Rita yang sememangnya sudah tahu perhubungan mereka juga senang dengan keadaan tersebut. Lagipun Shahrin telah banyak mengubah Rita yang dulunya merupakan seorang gadis yang kasar menjadi seorang yang lemah lembut dan sopan santun. Shahrin dan Rita menjadi semakin intim dan rapat kerana kedua orang tua mereka merestui perhubungan mereka.

Di sebabkan itu, Shahrin telah merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan Rita. Shahrin telah bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha dengan lebih keras lagi. Rita juga sering membantu Shahrin di dalam urusan pejabat. Mereka sangat bahagia sekali. Pada suatu hari, Shahrin telah mendapat tawaran untuk bekerja dengan sebuah syarikat besar yang memang telah diidam-idamkan olehnya untuk bekerja di situ. Shahrin telah mendapat tawaran bekerja di syarikat tersebut selama dua tahun. Pada mulanya Shahrin tidak mahu pergi kerana tidak sanggup berjauhan dengan Rita, tapi setelah Rita meyakinkannya supaya menerima tawaran tersebut, Shahrin telah menerima tawaran tersebut. “Shah kan memang dah lama nak kerja dekat syarikat tu, pergilah, bukannya lama pun, dua tahun je, lagipun bukannya kita tak boleh jumpa, KL dengan JB bukannya jauh sangat, Rita boleh call Shah everyday, jangan lepaskan peluang ni”, Rita meyakinkan Shah. “Oklah, Shah akan terima tawaran tu, lagipun dah lama Shah nak kerja kat syarikat tu, baru sekarang dapat peluang. Tapi ada satu perkara yang Shah nak cakap dengan Rita”, Shah memandang Rita. “Apa dia Shah?”, Rita terkejut. “Lepas habis je kontrak Shah dengan syarikat tu selama dua tahun, Shah nak kita ikat terus tali pertunangan, Shah dah tak sanggup nak berjauhan dengan Rita lagi”, Shah menggenggam erat tangan Rita. Rita tertunduk malu. Memang itu yang di harapkan olehnya selama ini. “Shah, Rita sangat sayangkan Shah”. “ Shah pun sangat sayangkan Rita”.

Sepanjang Shah berada di Johor Bharu, mereka kerap bercakap di telefon walaupun jarang berjumpa. Mereka hanya akan berjumpa dua bulan sekali. Kadang kala Shahrin yang akan pulang ke Kuala Lumpur dan kadang kala Rita yang akan menyusul di Johor Bharu. Walaupun mereka berjauhan, kasih sayang mereka semakin erat. Rita yang berada di Kuala Lumpur tidak pernah merasakan yang Shahrin jauh dari sisinya. Shahrin juga tetap berasa Rita sentiasa dekat di hatinya.

Pada ulang tahun Rita yang ke dua puluh empat, Shahrin telah membawa Rita sebuah restoran yang eksklusif. Di situ mereka telah di sajikan dengan lagu- lagu cinta di hiasi dengan cahaya lilin yang samar- samar. Shahrin memang sengaja memilih tempat begitu. Suasana pada malam itu memang sangat romantik sekali. Shahrin memandang wajah Rita. Dia menggamati wajah Rita yang lembut. Dia terkenang kembali, wajah itulah dulu yang begitu kasar terhadapnya. Wajah itulah dulu yang tidak menghiraukannya, wajah itulah yang dulu merupakan seorang yang kasar dan ganas. Shahrin tidak menyangka yang dia dapat mengubah Rita menjadi seorang perempuan yang lemah lembut dan sopan sekali. Rita sekarang sudah tidak seperti yang dikenalinya mula- mula dahulu. Shahrin begitu bahagia dan gembira sekali dengan perubahan itu. Rita yang sedar Shahrin merenungnya membiarkan sahaja keadaan itu. Rita tahu yang Shahrin memang sangat merinduinya, lagipun setelah Shahrin bekerja di Johor Bharu, mereka jarang berjumpa, inilah masanya untung memandang buah hati dengan sepuas-puasnya.

Panas yang disangka hingga kepetang rupanya hujan ditengahhari. Pada suatu hari, Shahrin yang sedang memandu untuk pulang ke Kuala Lumpur telah di rempuh oleh sebuah lori. Kereta yang di pandu oleh Shahrin telah terbabas di bahu jalan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah hadapan yang cuba mengelak dari lori tersebut telah melanggar kereta Shahrin. Kereta Shahrin telah remuk dengan teruk sekali. Shahrin telah tercampak keluar dari kereta dan mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Pada waktu itu, Rita yang baru beredar dari pejabat berasa begitu tidak senang sekali. Dia berasa berdebar- debar. Tiba- tiba Rita mendapat panggilan daripada keluarga Shahrin yang mengatakan bahawa Shahrin telah terlibat dengan kemalangan dan kini di tempatkan di ICU Hospital Kuala Lumpur. Rita terus bergegas menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, air mata Rita keluar dengan deras sekali. Rita berasa begitu takut jika sesuatu berlaku terhadap Shahrin.

Setibanya di hospital, kelihatan semua kelurga Shahrin telah berada di situ. “Rita, Shah tengah tenat sekarang, pergi masuk cepat, dari tadi dia asyik sebut nama Rita”, ibu Shahrin bersuara sayu. Tanpa melengahkan masa lagi, Rita terus meluru masuk. Kelihatan Shahrin dalam keadaan yang sangat memilukan. Doktor telah mengesahkan bahawa tulang belakang Shahrin retak dan telah berlaku pendarahan yang teruk di kepalanya. Menurut doktor, Shahrin sudah tidak dapat di selamatkan lagi, hanya menunggu masa sahaja. Air mata Rita mengalir laju. “Rita, Shah minta maaf kalau selama ini Shah ada buat salah, ada sakitkan hati Rita, Shah tak dapat tunaikan janji Shah, Shah tak dapat nak jaga Rita, maafkan Shah”, Shah bersuara dalam keadaan kesakitan. “Shah, jangan cakap macam tu, Rita sayangkan Shah, janganlah Shah cakap macam tu”, Rita sayu. Rita menggenggam erat jari jemari Shahrin. Rita terus memeluk erat Shahrin. Tiba- tiba nafas Shahrin menjadi semakin laju. Rita semakin cemas. Rita terdengar suara yang begitu sayu.” Shah sayangkan Rita”. Tiba- tiba Shahrin terkulai di dalam dakapan Rita. Tuhan lebih menyayangi nyawa Shahrin. Rita terus terkedu dan terdiam. Shahrin telah pulang ke Rahmatullah di dalam dakapannya. Ya Allah, mengapa dia pergi dulu. Kenapa dia pergi di waktu begini? Kenapa ??. “Shah, dua bulan lagi kita nak bertunang Shah, kenapa Shah pergi di waktu begini?”, Rita begitu sebak. “Shah……”. Tiba- tiba Rita jatuh terkulai di lantai hospital. Rita telah jatuh pengsan kerana terkejut.

Sejak pemergian Shahrin kerahmatullah, Rita menjadi pendiam dan tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak menyendiri dan semakin tidak bergaul dengan kawan-kawan. Hnaya Dayah sahajah yang telah memberikan semangat kepadanya. “Walau apapun yang berlaku, hidup tetap perlu diteruskan Rita, aku tahu kau boleh menghadapi semua ini”. “Terima kasih Dayah kerana bersama aku selama ini, kaulah yang banyak beri nasihat dan dorongan kepada aku”. Walaupun setelah pemergian Shahrin yang dikasihi, kehidupan tetap perlu diteruskan. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Ia telah mengajar Rita agar menjadi seorang yang tabah mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Apabila terdengar lagu nyanyian Eisya yang bertajuk Nurani, air mata Rita pasti akan bercucuran jatuh. Dia pasti akan terkenagkan memori bersama Shahrin.

Tapi sedikit tak kuduga
Ia hanya sebentar sahaja
Kasih yang diikat telah terlerai juga
Semasa kepulanganmu kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku untuk selama-lamanya